Wednesday, April 26, 2006

Kalaulah kita ini air


Kalaulah kita ini umpama air
Hidupnya memberikan kebahagiaan kepada manusia
Menghiasi lama-laman, Menceriakan keadaan
Menyuburkan bumi tuhan
Deruan air membawa ketenangan
Sentuhannya membawa kesegaran
Mengalir dari satu punca ke satu punca
Kemudian kembali keasalnya
Menyelamatkan manusia dari bencana
Air yang datang menghilangkan kehausan
Melengkapkan kehidupan dan membersihkan keadaan

Tapi
Ada masanya air membawa bencana
Merosakkan apa yang dibina
Mengalir deras dengan tujuan
Melimpahi tanah, meruntuhkan gunung
Melenyapkan insan meninggalkan kenangan

Hidup kita sebagai manusia ini umpama air
Ada yang baik dan ada yang buruk
Ada yang ceria dan ada yang muram
Ada yang berjaya dan ada yang gagal
Namun, kalau air yang ada digunakan sebaiknya
Ia mampu membawa kebaikan untuk semua
Begitu juga kita...

bzz at 12:27 PM

0comments

Saturday, April 22, 2006

Kalaulah aku seekor Koala

Koala tak tahu nak belajar, Koala tak tahu nak pergi kerja.
Hanya tahu nak makan dan duduk atas pokok
Koala tak tahu nak bawak kereta, koala tak tahu nak berjalan
Hanya duduk di tempatnya, tiada duit yang dibazirkan
Kaola tak tahu nak mengurat, Koala tak tahu nak mengedate
Hanya tahu dirinya, sampai masa dia berkahwin juga
Koala tak tahu bercinta, Koala tak tahu dikecewa
Hanya tahu beranak dan berikan daun pada anaknya
Koala tak tahu nak mengeluh, Koala tak tahu nak menaip blog
Koala hanya duduk diam, tidak memikirkan apa-apa
Yang penting makannya cukup, tidurnya lena, hatinya senang dan tiada musuh...
Ahhh Kalaulah aku menjadi koala... Untungnya...

bzz at 5:16 PM

0comments

Thursday, April 20, 2006

Kalaulah kita masih ego...

Kalau kita ego kita senang hilang kawan...
Kalau kita ego kita senang dipulaukan...
Kalau kita ego kita perlukan banyak belanja untuk jaga keegoan itu...
Kalau kita ego kita sering menyalahkan orang lain...
Kalau kita ego kita sering marah orang lain...
Kalau kita ego kita rugi kerana tidak mendengar nasihat orang lain...
Kalau kita ego kita susah nak dapat pertolongan...
Kalau kita ego kita menyesal orang tak percaya lagi...
Kalau kita ego kita mudah untuk menipu...
Kalau kita ego kita mudah menjatuhkan maruah orang lain...
Kalau kita ego kita tak pedulikan orang lain...
Kalau kita ego kita susah nak dapat kontrak business
Kalau kita ego kita takkan merendah diri...
Kalau kita ego kita tak dihormati orang lain.

Kalaulah kita semua dapat kurangkan keegoan kita, maka...
Kita ada ramai kawan, kawan/lawan tak pulau kita, tak perlu belanja mewah untuk ego, sering meminta kemaafan dan bermuhasabah, kita dapat mendengar nasihat orang lain walaupun dianya seorang tukang sapu, pertolongan dimana-mana, dipercayai ramai, tidak mengagungkan diri sendiri, tidak menyakitkan hati dan maruah orang lain, pelanggan percaya dan rezeki lebih murah masuk, sentiasa merendah diri dan redha... Kalaulah kita kurangkan ego kita akan sentiasa dihormati walaupun kita seorang musuh... Bukankah begitu?

bzz at 4:23 PM

0comments

Wednesday, April 12, 2006

Kalaulah aku takde internet lagi...

Last week aku diberitahu, password internet kat mebenk nih dah nak kene revoke 14 nih. So Kalaulah password ni kene revoke sure aku tak boleh lagi menaip untuk blog(s) aku. So rasanya aku aku cuba untuk taip dari email aku since blogspot still bagi aku update guna email... So maybe a bit kibut sikit... Since maybank dengan jayanya menambah extra kat bawah nih. Takpe la.. aku cuba...
 
Kalaulah aku takde internet...
1. Aku kelam kabut...
2. Aku tak tahu nak buat ape...
3. Aku kebosanan tahap cipan tunggu jagung nak masak...
4. Aku jadi pekerja contoh yang asik bad mood...
5. Aku tak boleh nak send email read webmail...
6. Aku tak boleh nak baca blog kengkawan...
7. Aku takleh nak comment kat blog korang...
8. Aku tak boleh update blog...
9. Aku cuma duduk senyap saja... Tengok screen pc, tapi tak tekan ape...
10. Aku takde internet...
 
 
 
Kalaulah aku ada internet........ hmmm...

bzz at 9:29 AM

0comments

Wednesday, April 05, 2006

Kalaulah aku Einstein...

Kalaulah aku Einstein pastinya aku dapat menjawab soklan periksa business comm tadi dengan mudah. Kejam celik kejam celik... kertas aku masih lagi kosong... Kejam celik kejam celik... Ehhh dah pagi? Aku tak pasti kalau einstein ada amek bidang lain selain dari bidang sains. But takpelah, apa yga kita usahakan akan berjaya kalau kite bersungguh-2... Tapi mestilah einstin mempunya kebijaksanaan yang amat tinggi. Kita yang terkejam celik membaca masih tak masuk. Mestilah dia yang membaca sepintas lalu dapat terus menghafal dan memahami apa yang dia baca.

Kalaulah aku einstein pastinya aku dapat berkomunikasi dengan baik. "Dunia, jgnlah kau menyalah gunakan teori aku. Gunakan ianya dengan baik dan tidak merosakkan diri kamu sesama sendiri." Tapi einstein cakap macam tu ke? Anda tahu yg ketika einstein mati, hanya ada jururawatnya disebelahnya. Dan pesanan terakhirnya di dalam bahasa jerman. Alangkah bagusnya kalaulah aku einstein kerana aku pasti akan bercakap dalam bahasa melayu hatta jururawat aku pun paham. Tapi yang pastinya aku segala mesej aku dipahami dunia agar ciptaan aku diabadikan dengan cara yang baik.

Kalaulah aku einstein dah aku ciptakan ubat yang boleh manusia menghormati sesama sendiri. Tak kira kawan tak kira musuh. Biar Bush dan Saddam boleh berpelukkan. Biat kita boleh hidup bermuafakat dan sejahtera. Ciptaan yang baik tidak semestinya baik untuk semua orang. Mungkin ada yang menyalahgunakan ciptaan aku. Usaha aku akan jadi sia-sia. Jadi perlukah aku terus mencipta?

Kalaulah kan... Apa yang akan aku buat seterusnya?

Kalaulah aku ada masa untuk menaip lebih panjang di CC nih... Hmmm

bzz at 11:58 AM

0comments

Tuesday, April 04, 2006

Kalaulah aku… diinterview oleh wartawan

Kalaulah aku… diinterview oleh wartawan mengenai blog ini…

Wartawan : Assalammualaikum En Bzz. Terima kasih kerana memberi saya peluang untuk menemuramah Encik. Boleh tak en. ceritakan serba sedikit mengenai blog ini

En. Bzz : Waalaikumussalam. Sama-sama. Pertama sekali saya ingin mengucapkan berbanyak kesyukuran kehadrat Illahi kerana berjaya membuka sebuah lagi blog. Walau bagaimanapun, ‘kalaulah’ ini masih lagi diperingkat percubaan. Mungkin saya boleh panggil, ‘Kalaulah aku… beta 1’. Sebenarnya blog ini saya ilhamkan secara tak sengaja. Pada satu masa saya teringat kembali bagaimana sewaktu di peperiksaan UPSR pada tahun 1990 dimana saya menjawab soalan karangan bahasa melayu. Soalan tersebut lebih kurang begini, “Karangkan satu karangan bertajuk ‘Saya Sepasang Kasut’ tidak melebihi … patah perkataan”. Saya cuba untuk mengingat kembali apa yang saya karangkan. Kemudian saya terfikir di dalam hati saya. Kalaulah saya sepasang kasut, apa yang saya akan buat? Apa yang saya akan lalui? Maka timbullah idea saya untuk membuka blog ini.

Wartawan : Jadi apakah tujuan utama En Bzz membuka blog ini?

En. Bzz : Ohh sebenarnya saya ingin mencurahkan segala idea saya mengenai ‘kalaulah aku…’ dalam apa bentuk sekali pun. Alhamdullillah tuhan kurniakan saya banyak idea-idea. Walaupun tidak sehebat mana orang lain dan kebanyakkannya merepek tapi sekurang-kurangnya saya masih lagi diberikan kesempatan untuk berfikir. Malah saya tidak takut untuk berfikir. Jadi pada saya, apa salahnya kalau saya berkongsi idea saya yang pelik tadi. Kalau kita fikirkan semula maksud ‘kalau’ itu sendiri, maka pada saya ia tidak semestinya akan terjadi. Biasanya mungkin lebih pada angan-angan, cita-cita, idaman, pendapat, keinginan dan sebagainya. Saya rasa tanpa idea yang pelik maka manusia takkan sampai kebulan. Pelukis komik tidak akan hasilkan Superman mahupun Spiderman. Apatah lagi semangat Malaysia Boleh. Boleh saya tahu apa cita-cita awak sewaktu kecil?

Wartawan : Saya nak jadi doktor. Tapi… Masa saya masih budak kecil. Saya minat Ultraman!

En. Bzz : Hah itulah salah satu maksud saya. Awak mungkin mahu jadi doktor. Itu cita-cita awak. Semangat awak. Walaupun sekarang awak jadi wartawan, sekurang-kurangnya salah satu usaha awak untuk jadi doktor itulah yang menjadikan awak seorang wartawan. Awak tahu sebelum tadika apa cita-cita saya sebelum bersekolah? Saya pernah bercita-cita menjadi peneroka. Peneroka Felda. Saya pernah juga bercita-cita nak jadi penjual sayur! Salahkah cita-cita saya? Masa itu mereka pun kaya! Cuba awak tengok sekarang, berapa ramai towkeh sayur yang boleh pakai mercedes? Salah saya berfikiran macam tuh? Itukan angan-angan. Mungkin dari angan-angan jadi cita-cita. Dari cita-cita menjadi usaha. Dari usaha mungkin ia menjadi realiti. Tapi… Takkanlah awak nak jadik ultraman kan? Tak apa… Mungkin kita tak jadi Ultraman, tapi tak salah kalau kita bercita-cita untuk boleh selamatkan orang macam mana ultraman buat. Betul? Ia Sebenarnya proses pengembangan idea itu boleh dipupuk dari kecil. Dari saya sepasang kasut tadilah saya akan kembangkan idea tu menjadi idea-idea lain.

Wartawan : Maksud En? Kalau entry pada hari itu kecil, maka dengan idea yang ada, maka kita boleh kembangkan lagi idea itu? Kita boleh berfikir secara bebas?

En Bzz : Tidaklah terlalu bebas. Kita tak bolehlah fikir yang tak baik. Takkan lah kita nak buat entry ‘Kalaulah aku seorang nabi’. Salah tu! Apatah lagi tuhan… Kita kena ada hadnya dalam berfikir. Dalam memberi idea. Berbalik pada soalan awak tadi. Katakanlah saya mahu jadi kasut. Maka saya kata saya sepasang kasut. Takkanlah saya mahu cerita pasal kasut sahaja. Mungkin saya boleh cerita dari mana saya berasal. Keturunan saya. Mungkin saya berketurunan Bata, mungkin juga Nike. Siapa yang pakai saya. Sumbangan saya. Mungkin saya boleh mengeluh. Ceritakan pengalaman. Apa sahaja. Mungkin… Saya boleh jadikan ‘Saya sepasang kasut’ ini untuk berjenaka, memberi nasihat, memperli atau sebagainya. Pada saya kalau kita kembangkan maksud ‘kalaulah’ tadi, idea kita tidak akan terbatas.

Wartawan : Bagaimana pula cara penyampaian blog ini? Ada cara penyampaian yang spesifik?

En. Bzz : Tiada. Kenapa kita nak hadkan idea kita? Kalaulah saya nak sampaikan dalam bentuk lawak, maka saya akan buat. Mungkin dalam bentuk novel, cerpen, karangan pendek, perbualan, perbahasan, pantun, sajak, puisi, perbualan, atau apa saja medium yang kita semua boleh keluarkan idea kita. Cuma yang pasti setiap isi mestilah berdasarkan ‘kalaulah’. Mungkin idea asal mengenai kasut. Tapi saya boleh pelbagaikan idea kasut tadi. Boleh jadi, ‘kalaulah aku sepasang kasut’, ‘kalaulah aku membeli kasut nike’, ‘aku si tukang kasut’, dan mungkin juga nasihat pendek seperti ‘Kalau marahkan nyamuk, kasut pula yang dibakar’. Apa saja. Bak kata saya semalam… Suka tok nenek sayalah nak taip apa…

Wartawan : Jadi apa yang tok nenek En Bzz nak taip? Maaf… Apakah perancangan En pada masa akan datang?

En. Bzz : Saya ingin membuka blog ini pada kawan-kawan saya. Mereka boleh berkongsi pendapat. Boleh berkongsi pengalaman. Dan lebih seronok kalau kita semua boleh berkongsi cerita lucu! Jangan sekat idea anda. Kalau kita masih nak sekat idea kita, kita umpama burung yang bekicauan tanpa tahu apa maknanya. (Hmmm????) Mungkin kalau kalau ada pembaca lain yang ingin berkongsi pendapat… Hubungi saya di talian SMS 38003. Saya akan ubah blog ini sedikit demi sedikit jika saya mempunyai kelapangan. Itu impian saya.

Wartawan : Terima kasih En kerana sudi ditemuramah. Saya berharap usaha encik untuk memartabatkan idea kita semua terutamanya orang melayu kita akan berjaya. Terima kasih Waahhhh nampaknya dah pukul 10malam. En Bzz tak makan?

En Bzz : Sama-sama. Ehh dah pukul 10? Oh tadi dirumah saya ada orang datang, jadi lepas mereka baliklah saya makan. Silakan-silakan…


Note : Sebenarnya ini FAQ untuk blog ni. Tapi saja je aku taip dlm bentuk temuramah. Dah lama tak menjawab kertas periksa. Hmm… Kalaulah aku… diinterview oleh wartawan. Kan idea jugak tu kan?

bzz at 9:17 AM

2comments

Monday, April 03, 2006

Kalaulah...

Kalau lah aku...

Ni blog aku yg ke-4 yg org lain boleh baca. Blog ni just for fun... Sesuka... Padangan aku... Etc etc blablabla... Sbb kalaulah aku
nak taip blog... biarlah... Kalaulah aku ni akan ceritakan ikut apa saja format yg tok nenek aku suke... Kalau aku suka singkong mungkin kau suka keju heii heii... Maybe aku wat cara bercakap, novel, cerpen, pantun atau ape je... Cume... aku akan cerita pasal... kalaulah aku la... Contoh... cam kalaulah aku jadi pembaris, doreamon, gaban, perkasa itam, donald duck, ultraman, superman, batman, spiderman, komen atau ape je la... sbb 'kalau' boleh digunakan bebile je kalau aku nak. Kalau tanak takpe le... sbb kalau bukan menunjukkan kemestian... Ianya cume.... Errr fikir sendri la... Kalau korang nak fikir apa maksud kekalauan itu...

Ermm hmm.. bercadang kalaulah blog ini ok... maka saya akan bukukannya di buku-bukulah... tapi.. kalau nak beli, beli ye yg original. Nanti saya sign buku itu. Kalau aku buat la... Hahaha... Ok le... oleh kerana aku skang ni 'kalau aku tak lapar' maka aku boleh menaip entry pertama ni dengan lebih panjang. Sebab kalaulah aku dah lapar... maka aku nak pergi makan la ni kan... So aku nak makan dulu... Kalau ada masa... Jumpa lagi nanti... buhbye...

bzz at 12:26 PM

0comments