Monday, September 11, 2006

Kalaulah aku gaban!

Entry ini aku buat sempena aku melancarkan blog baru di Gaban-z.blogspot.com.

Kalaulah aku gaban-z aku akan....
Akan aku tukar baju lain selain baju lama itu. Tukarlah baju superman atau spiderman. Nampak lebih fleksibel.
Akan aku tukar baju dengan sedikit perlahan agar tidak cepat koyak. Susah nak buat baju mahal-mahal ni.
Akan aku gunakan pedang itu tidak semasa di ruang angkasa setan. Tak juga guna last minute. Masuk terus guna pedang.
Akan aku berlawan di tempat yg lebih menarik seperti di bukit jalil atau WWE
Akan aku cari gaya lain untuk melibas resakse itu selain dari gaya default.

Kalaulah aku gaban... Aku gunakan kebolehan aku menukar baju dengan cepat itu untuk cuba dengan perkara berikut:
Tukar awek seminggu sekali
Tukar kerja sebulan sekali
Tukar bini setahun sekali
Tukar kereta 3 bulan sekali
Tukar rumah 6 bulan sekali

Kalaulah aku gaban... Aku akan gunakan gaya berikut untuk melibas resakse menggunakan pedang aku :
Gaya lintah darat naik ke junjung
Gaya hidup segan mati tak mahu
Gaya bergayutan di likaran planet zuhal
Gaya mencangkung menunggu giliran
Gayalinggam A/P Ramasamy

Kalaulah aku gaban yang ingin mencari identiti baru, aku nak jadi :
Superman kerana superman pun boleh tukar baju cepat
Spiderman kerana spiderman pun tukar baju juga
Batman kerana walaupun batman lambat tukar baju, tapi batman ada kereta
Ultraman kerana ultraman ada lampu di dada

Hahahahahah

bzz at 12:40 PM

0comments

0 Comments

Post a Comment