Monday, October 30, 2006
Kalaulah politik itu roti...
Inilah jawapan dari aku...Roti-0 satu!
bzz at 2:25 PM
Thursday, October 12, 2006
Kalaulah Subuh Itu Terang Benderang
Jam 0430. Terjaga. Niat mahu snooze lagi alarm handphone. Tapi gelap. Sangat. Aku genyeh-genyeh mata nak tengok jam dinding. Tak nampak. Kenapa?Blackout. Di seluruh apartment aku dan apartment sebelah-menyebelah.
Dan pagi itu, AhsueZ, Cys, Hyunck dan Nilyta teraba-raba mencari nasik, lauk dan teraba-raba juga menyuap makanan waktu sahur.
Dan pagi itu juga AhsueZ, Cys, Hyunck dan Nilyta tergigil-gigil lutut, turun tangga dari tingkat 19 ke tingkat 1, apartment kami.
* The same entry also posted at http://ahsuez.blogdrive.com.
** Terima kasih En Bzz kerana mengundang saya dan seisi keluarga untuk menulis di sini. Ya.. Bukan cerita mengenai KALAU. Maaf.
Ahsuez at 11:18 AM
Wednesday, September 20, 2006
Kalaulah salah translate...
Inilah jadinyaJangan salah guna B. Inggeris
Jangan sesekali nak tukar bahasa inggeris IT ke bahasa Malaysia, nanti jadinya yang bukan bukan. Kenapa negara kita menekankan inggeris pada mata pelajaran math dan sains, kerana ianya bahasa yang digunakan seluruh dunia sebagai bahasa perhubungan. Sangat bahaya jika kita cuba mengubah bahasa IT ke bahasa malayu, terutama disekolah. Tengok contoh dibawah,
*hardware = barangkeras
*software = baranglembut
*joystick = batang gembira
*plug and play = cucuk dan main
*port = lubang
*server = pelayan
*client = pelanggan
Try translate this:
ENGLISH :
That server gives a plug and play service to the clients using either hardware or software joystick.The joystick goes into the port of the client."
BAHASA :
Pelayan itu memberi pelanggannya layanan cucuk dan main dengan menggunakan batang gembira jenis keras atau lembut.Batang gembira itu dimasukkan ke dalam lubang pelanggan."
bzz at 12:09 PM
Monday, September 18, 2006
Kalau awak tak ada kerja...
Aku tak tahu le siapa punya kerja nih, or maybe siapa yg tak ader keje nih. Tapi sungguh baik sekali iklan kerjanya yg org ni buat.... At least terhibur kejap... Try la apply... walaupun dah tamat, tapi jawatan tu sentiasa kosong. Coz selalu polis dah berjaya dulu...Goodluck...
Immediate Vacancies
We are a local thieves gang specializing in snatching handbags in Klang Valley and Johor Bahru. We are seeking money-orientated and result-driven professionals to join our team. Successful candidates can expect excellent money and attractive fringe benefits. We are now seeking highly motivated team players to join our force in our recent expansion.
Snatch Thieves
( Klang Valley and Johor Bahru)Responsibilities:
• To snatch women handbags on the street.Requirements:
• Candidate must at least a drug addict, jobless bum, mat rempit or equivalent.
• At least 1 - 2 year(s) of crime experience in Malaysia (other countries may be considered)
• Applicants must be aggressive, daring, outgoing, and adventurous personality.
• Motivated and able to work independently, not necessarily a team player.
• Able to snatch things at fast pace and poses excellent motorcycle driving skills.
• Good command of vulgarity in spoken & written English, Bahasa Melayu, and Chinese dialect would be advantageous.
• Applicants must be willing to work in designated places, travel outstation & possess own transport (motorcycle).
• Applicants can be Malaysian citizens or illegal immigrant; jobless fresh graduates are also welcomed.
• Full-Time positions available.
Apply before 31 st August 2006 .
bzz at 5:18 PM
Monday, September 11, 2006
Kalaulah aku gaban!
Entry ini aku buat sempena aku melancarkan blog baru di Gaban-z.blogspot.com.Kalaulah aku gaban-z aku akan....
Akan aku tukar baju lain selain baju lama itu. Tukarlah baju superman atau spiderman. Nampak lebih fleksibel.
Akan aku tukar baju dengan sedikit perlahan agar tidak cepat koyak. Susah nak buat baju mahal-mahal ni.
Akan aku gunakan pedang itu tidak semasa di ruang angkasa setan. Tak juga guna last minute. Masuk terus guna pedang.
Akan aku berlawan di tempat yg lebih menarik seperti di bukit jalil atau WWE
Akan aku cari gaya lain untuk melibas resakse itu selain dari gaya default.
Kalaulah aku gaban... Aku gunakan kebolehan aku menukar baju dengan cepat itu untuk cuba dengan perkara berikut:
Tukar awek seminggu sekali
Tukar kerja sebulan sekali
Tukar bini setahun sekali
Tukar kereta 3 bulan sekali
Tukar rumah 6 bulan sekali
Kalaulah aku gaban... Aku akan gunakan gaya berikut untuk melibas resakse menggunakan pedang aku :
Gaya lintah darat naik ke junjung
Gaya hidup segan mati tak mahu
Gaya bergayutan di likaran planet zuhal
Gaya mencangkung menunggu giliran
Gayalinggam A/P Ramasamy
Kalaulah aku gaban yang ingin mencari identiti baru, aku nak jadi :
Superman kerana superman pun boleh tukar baju cepat
Spiderman kerana spiderman pun tukar baju juga
Batman kerana walaupun batman lambat tukar baju, tapi batman ada kereta
Ultraman kerana ultraman ada lampu di dada
Hahahahahah
bzz at 12:40 PM
Tuesday, June 06, 2006
kalaulah kita ada masanya
Ada masanya kita perlu melupakan sementara kisah silam untuk kehadapanAda masanya kita perlu mengingat kisah silam untuk jadikannya sempadan
Ada masanya kita perlu menilai masa kini untuk dijadikan landasan
Ada masanya kita perlu mereka masa hadapan untuk kesenangan
Adakalanya melupakan, mengingat, menilai atau mereka sesuatu tiada salahnya. Asalkan ianya bertujuan untuk kebaikkan. Mungkin sesuatu pengorbanan itu perlu, namun lebih baik jika tiada yang terkorban. Niat yang jujur dan ikhlas sentiasa dijadikan panduan...
bzz at 2:11 PM
Friday, May 26, 2006
Kalaulah aku yang berlainan...
Bila aku fikirkan kembali, betulkah apa yang aku terima sekarang? Adakah ianya sepadan dengan apa yang aku lakukan? Adakah aku terlalu jahat atau keji hingga diperlakukan sebegini? Atau sememangnya orang lain jauh lebih baik dari aku? Hinggakan aku terpaksa menanggung segalanya? Mungkin.Tapi, apakah segala apa yang telah aku lakukan itu tidak cukup untuk menutup keburukkan aku? Atau mungkin, selama ini aku sentiasa melakukan kesilapan? Atau mungkin, manusia mudah lupa dengan kebaikkan orang lain semata-mata sedikit kesilapan? Mungkin itulah yang telah tertakdir. Mungkin itulah yang biasanya kita lakukan. Tapi tak mungkinkah kita boleh merubah sesuatu yang sedia ada?
Aku, bukan emas yang aku mahukan. Bukan intan yang aku rayukan. Tapi aku hanya mahukan sedikit pembakar. Untuk menerangi sesuatu yang gelap. Aku tak minta lebih dari apa yang mampu diberikan. Rasanya, tak salah kalau ianya menjadi kenyataan. Ianya tidak membebankan. Cukuplah kalau ianya setara dengan yang lain. Tidak perlu lebih, tidak perlu kurang. Namun, jika ia telah diputuskan, apalah daya aku untuk mengubahnya. Namun,jika tidak kesampaian. Aku berharap, biarlah ianya ada kebaikan.
Mungkin, ini balasan untuk aku. Mungkin, ini dugaan untuk aku. Dan aku bersabar. Biarlah tuhan yang menentukan. Di dalam putih, masih ada hitamnya. Di dalam hitam, ada putihnya. KITA SAMA SAHAJA
bzz at 2:28 PM