Tuesday, April 04, 2006

Kalaulah aku… diinterview oleh wartawan

Kalaulah aku… diinterview oleh wartawan mengenai blog ini…

Wartawan : Assalammualaikum En Bzz. Terima kasih kerana memberi saya peluang untuk menemuramah Encik. Boleh tak en. ceritakan serba sedikit mengenai blog ini

En. Bzz : Waalaikumussalam. Sama-sama. Pertama sekali saya ingin mengucapkan berbanyak kesyukuran kehadrat Illahi kerana berjaya membuka sebuah lagi blog. Walau bagaimanapun, ‘kalaulah’ ini masih lagi diperingkat percubaan. Mungkin saya boleh panggil, ‘Kalaulah aku… beta 1’. Sebenarnya blog ini saya ilhamkan secara tak sengaja. Pada satu masa saya teringat kembali bagaimana sewaktu di peperiksaan UPSR pada tahun 1990 dimana saya menjawab soalan karangan bahasa melayu. Soalan tersebut lebih kurang begini, “Karangkan satu karangan bertajuk ‘Saya Sepasang Kasut’ tidak melebihi … patah perkataan”. Saya cuba untuk mengingat kembali apa yang saya karangkan. Kemudian saya terfikir di dalam hati saya. Kalaulah saya sepasang kasut, apa yang saya akan buat? Apa yang saya akan lalui? Maka timbullah idea saya untuk membuka blog ini.

Wartawan : Jadi apakah tujuan utama En Bzz membuka blog ini?

En. Bzz : Ohh sebenarnya saya ingin mencurahkan segala idea saya mengenai ‘kalaulah aku…’ dalam apa bentuk sekali pun. Alhamdullillah tuhan kurniakan saya banyak idea-idea. Walaupun tidak sehebat mana orang lain dan kebanyakkannya merepek tapi sekurang-kurangnya saya masih lagi diberikan kesempatan untuk berfikir. Malah saya tidak takut untuk berfikir. Jadi pada saya, apa salahnya kalau saya berkongsi idea saya yang pelik tadi. Kalau kita fikirkan semula maksud ‘kalau’ itu sendiri, maka pada saya ia tidak semestinya akan terjadi. Biasanya mungkin lebih pada angan-angan, cita-cita, idaman, pendapat, keinginan dan sebagainya. Saya rasa tanpa idea yang pelik maka manusia takkan sampai kebulan. Pelukis komik tidak akan hasilkan Superman mahupun Spiderman. Apatah lagi semangat Malaysia Boleh. Boleh saya tahu apa cita-cita awak sewaktu kecil?

Wartawan : Saya nak jadi doktor. Tapi… Masa saya masih budak kecil. Saya minat Ultraman!

En. Bzz : Hah itulah salah satu maksud saya. Awak mungkin mahu jadi doktor. Itu cita-cita awak. Semangat awak. Walaupun sekarang awak jadi wartawan, sekurang-kurangnya salah satu usaha awak untuk jadi doktor itulah yang menjadikan awak seorang wartawan. Awak tahu sebelum tadika apa cita-cita saya sebelum bersekolah? Saya pernah bercita-cita menjadi peneroka. Peneroka Felda. Saya pernah juga bercita-cita nak jadi penjual sayur! Salahkah cita-cita saya? Masa itu mereka pun kaya! Cuba awak tengok sekarang, berapa ramai towkeh sayur yang boleh pakai mercedes? Salah saya berfikiran macam tuh? Itukan angan-angan. Mungkin dari angan-angan jadi cita-cita. Dari cita-cita menjadi usaha. Dari usaha mungkin ia menjadi realiti. Tapi… Takkanlah awak nak jadik ultraman kan? Tak apa… Mungkin kita tak jadi Ultraman, tapi tak salah kalau kita bercita-cita untuk boleh selamatkan orang macam mana ultraman buat. Betul? Ia Sebenarnya proses pengembangan idea itu boleh dipupuk dari kecil. Dari saya sepasang kasut tadilah saya akan kembangkan idea tu menjadi idea-idea lain.

Wartawan : Maksud En? Kalau entry pada hari itu kecil, maka dengan idea yang ada, maka kita boleh kembangkan lagi idea itu? Kita boleh berfikir secara bebas?

En Bzz : Tidaklah terlalu bebas. Kita tak bolehlah fikir yang tak baik. Takkan lah kita nak buat entry ‘Kalaulah aku seorang nabi’. Salah tu! Apatah lagi tuhan… Kita kena ada hadnya dalam berfikir. Dalam memberi idea. Berbalik pada soalan awak tadi. Katakanlah saya mahu jadi kasut. Maka saya kata saya sepasang kasut. Takkanlah saya mahu cerita pasal kasut sahaja. Mungkin saya boleh cerita dari mana saya berasal. Keturunan saya. Mungkin saya berketurunan Bata, mungkin juga Nike. Siapa yang pakai saya. Sumbangan saya. Mungkin saya boleh mengeluh. Ceritakan pengalaman. Apa sahaja. Mungkin… Saya boleh jadikan ‘Saya sepasang kasut’ ini untuk berjenaka, memberi nasihat, memperli atau sebagainya. Pada saya kalau kita kembangkan maksud ‘kalaulah’ tadi, idea kita tidak akan terbatas.

Wartawan : Bagaimana pula cara penyampaian blog ini? Ada cara penyampaian yang spesifik?

En. Bzz : Tiada. Kenapa kita nak hadkan idea kita? Kalaulah saya nak sampaikan dalam bentuk lawak, maka saya akan buat. Mungkin dalam bentuk novel, cerpen, karangan pendek, perbualan, perbahasan, pantun, sajak, puisi, perbualan, atau apa saja medium yang kita semua boleh keluarkan idea kita. Cuma yang pasti setiap isi mestilah berdasarkan ‘kalaulah’. Mungkin idea asal mengenai kasut. Tapi saya boleh pelbagaikan idea kasut tadi. Boleh jadi, ‘kalaulah aku sepasang kasut’, ‘kalaulah aku membeli kasut nike’, ‘aku si tukang kasut’, dan mungkin juga nasihat pendek seperti ‘Kalau marahkan nyamuk, kasut pula yang dibakar’. Apa saja. Bak kata saya semalam… Suka tok nenek sayalah nak taip apa…

Wartawan : Jadi apa yang tok nenek En Bzz nak taip? Maaf… Apakah perancangan En pada masa akan datang?

En. Bzz : Saya ingin membuka blog ini pada kawan-kawan saya. Mereka boleh berkongsi pendapat. Boleh berkongsi pengalaman. Dan lebih seronok kalau kita semua boleh berkongsi cerita lucu! Jangan sekat idea anda. Kalau kita masih nak sekat idea kita, kita umpama burung yang bekicauan tanpa tahu apa maknanya. (Hmmm????) Mungkin kalau kalau ada pembaca lain yang ingin berkongsi pendapat… Hubungi saya di talian SMS 38003. Saya akan ubah blog ini sedikit demi sedikit jika saya mempunyai kelapangan. Itu impian saya.

Wartawan : Terima kasih En kerana sudi ditemuramah. Saya berharap usaha encik untuk memartabatkan idea kita semua terutamanya orang melayu kita akan berjaya. Terima kasih Waahhhh nampaknya dah pukul 10malam. En Bzz tak makan?

En Bzz : Sama-sama. Ehh dah pukul 10? Oh tadi dirumah saya ada orang datang, jadi lepas mereka baliklah saya makan. Silakan-silakan…


Note : Sebenarnya ini FAQ untuk blog ni. Tapi saja je aku taip dlm bentuk temuramah. Dah lama tak menjawab kertas periksa. Hmm… Kalaulah aku… diinterview oleh wartawan. Kan idea jugak tu kan?

bzz at 9:17 AM

2comments

2 Comments

at 11:03 AM Anonymous Anonymous said...

kalaulah aku boleh hantar peluru skud berpandu ke maybank itu.

 
at 11:25 AM Blogger bzz said...

Iskk... jgn la camtuh... Kang tebabur... duit kau jugak yg hilang nanti..

 

Post a Comment