Friday, May 26, 2006

Kalaulah aku yang berlainan...

Bila aku fikirkan kembali, betulkah apa yang aku terima sekarang? Adakah ianya sepadan dengan apa yang aku lakukan? Adakah aku terlalu jahat atau keji hingga diperlakukan sebegini? Atau sememangnya orang lain jauh lebih baik dari aku? Hinggakan aku terpaksa menanggung segalanya? Mungkin.

Tapi, apakah segala apa yang telah aku lakukan itu tidak cukup untuk menutup keburukkan aku? Atau mungkin, selama ini aku sentiasa melakukan kesilapan? Atau mungkin, manusia mudah lupa dengan kebaikkan orang lain semata-mata sedikit kesilapan? Mungkin itulah yang telah tertakdir. Mungkin itulah yang biasanya kita lakukan. Tapi tak mungkinkah kita boleh merubah sesuatu yang sedia ada?

Aku, bukan emas yang aku mahukan. Bukan intan yang aku rayukan. Tapi aku hanya mahukan sedikit pembakar. Untuk menerangi sesuatu yang gelap. Aku tak minta lebih dari apa yang mampu diberikan. Rasanya, tak salah kalau ianya menjadi kenyataan. Ianya tidak membebankan. Cukuplah kalau ianya setara dengan yang lain. Tidak perlu lebih, tidak perlu kurang. Namun, jika ia telah diputuskan, apalah daya aku untuk mengubahnya. Namun,jika tidak kesampaian. Aku berharap, biarlah ianya ada kebaikan.

Mungkin, ini balasan untuk aku. Mungkin, ini dugaan untuk aku. Dan aku bersabar. Biarlah tuhan yang menentukan. Di dalam putih, masih ada hitamnya. Di dalam hitam, ada putihnya. KITA SAMA SAHAJA

bzz at 2:28 PM

0comments

0 Comments

Post a Comment