Friday, May 05, 2006
Kalaulah aku orang yang terkaya...
Sesiapa inginkan kekayaan yang melimpah ruah... Kalau boleh lagi banyak lagi baik. 99% manusia tidak pernah puas dan tidak pernah rasa cukup. Tapi, kalaulah aku ditakdirkan untuk menjadi orang yang terkaya. Tidak kiralah di dunia, di Malaysia, Di KL, di bank aku sendiri... Aku akan...- Berikan bantuan kepada orang yang memerlukan. Duit tidak boleh membeli kegembiraan. Tapi duit boleh membeli kegembiraan bagi orang lain. Bila lihat orang lain gembira, kita akan turut gembira. Itu yang Bill Gates lakukan. Orang miskin macam kita mana boleh menderma sebanyak dia? Aku nak berikan bantuan pada ibu tunggal, anak yatim, yayasan kesihatan, yayasan yang membantu mangsa bencana alam, badan yang menyebarkan maklumat tentang Islam dan banyak lagi. Kalaulah aku jadi kaya, ingatkan aku untuk lakukan janji aku yang ni dulu.
- Aku akan belikan family, saudara dan kawan-kawan sesuatu. Kalau aku mampu berikan sebuah kereta. Apa salahnya? Lebih-lebih lagi kepada mereka yang pernah aku terhutang budi.
- Aku nak ada PC yang paling laju pada setiap masa. Rasanya, kalau sebuah PC hanya berharga 10k, apalah sangat nilai tu utk aku kan? Kalau minggu depannya keluar yang lebih baru, PC yang ada aku akan derma. Mungkin aku boleh berikan pada rumah anak-anak yatim. Atau rumah orang tua. Mereka pun nak main game juga.
- Aku nak bina rumah yang ringkas, tak sebesar istana, tak kecil, tapi muat utk keluarga, kawan-kawan dan orang lain datang. Aku juga nak lengkapkan rumah tu dengan teknologi terkini. Biar aku boleh bekerja di rumah.
- Aku nak beli kereta yang aku boleh aku pandu lebih laju dari 250kmj. Biar aku boleh ke Muar kurang dari 1 jam. Aku taknak pemandu, aku beli kereta mahal, bukan untuk orang lain pandu.
- Aku makan, apa saja yang aku suka. Tak kira, sama ada aku semakin gemuk. Pusing dunia untuk makan. Tapi, yang pastinya, makanan tu mestilah halal.
- Aku nak jalan, aku nak jalan, aku nak naik rollercoaster, aku nak jalan, dengan kawan-kawan. Nak pergi pulau, nak pergi shopping, nak pergi gunung, nak pergi sana nak pergi sini. Tapi aku taknak naik bas. Aku nak naik kereta aku yang sangat laju tadi. Siapa nak tumpang?
- Kalau boleh, aku nak beli syarikat yang aku kerja sebelum aku kaya. Kemudian aku kerja di bawah. Biar aku pegang saham dia. 30%. Tapi aku kerja sebagai despatch. Aku sama level dengan pekerja lain. Jadi tuan punya syarikat tak semestinya kita perlu sombong. Malah, ramai pekerja bawahan yang mempunyai idea yang lebih baik dari pekerja atasan. Bekerja di bawah lebih mudah. Tanggungjawab lebih kecil. Then, kalau aku tak puas hati dengan CEO syarikat kepunyaan aku, aku pecatlah dia. Mungkin, sejarah, despatch memecat seorang CEO. Siapa tahu?
- Kalaulah aku boleh jadi orang yang terkaya... Aku masih mahu untuk menjadi diri aku sendiri. Aku lebih kaya bila aku memiliki diri sendiri berbanding mempunyai duit yang banyak tapi masih tak mampu untuk menjadi diri sendiri. Diri terkongkong dengan kerja dan tanggungjawab. Aku nak jadi diri sendiri!
Kaya bukan status sebagai orang islam untuk kawin 4. Bill Gates, cuma kawin sekali. Dan isterinya hanyalah satu!
bzz at 6:52 PM