Friday, May 26, 2006

Kalaulah aku yang berlainan...

Bila aku fikirkan kembali, betulkah apa yang aku terima sekarang? Adakah ianya sepadan dengan apa yang aku lakukan? Adakah aku terlalu jahat atau keji hingga diperlakukan sebegini? Atau sememangnya orang lain jauh lebih baik dari aku? Hinggakan aku terpaksa menanggung segalanya? Mungkin.

Tapi, apakah segala apa yang telah aku lakukan itu tidak cukup untuk menutup keburukkan aku? Atau mungkin, selama ini aku sentiasa melakukan kesilapan? Atau mungkin, manusia mudah lupa dengan kebaikkan orang lain semata-mata sedikit kesilapan? Mungkin itulah yang telah tertakdir. Mungkin itulah yang biasanya kita lakukan. Tapi tak mungkinkah kita boleh merubah sesuatu yang sedia ada?

Aku, bukan emas yang aku mahukan. Bukan intan yang aku rayukan. Tapi aku hanya mahukan sedikit pembakar. Untuk menerangi sesuatu yang gelap. Aku tak minta lebih dari apa yang mampu diberikan. Rasanya, tak salah kalau ianya menjadi kenyataan. Ianya tidak membebankan. Cukuplah kalau ianya setara dengan yang lain. Tidak perlu lebih, tidak perlu kurang. Namun, jika ia telah diputuskan, apalah daya aku untuk mengubahnya. Namun,jika tidak kesampaian. Aku berharap, biarlah ianya ada kebaikan.

Mungkin, ini balasan untuk aku. Mungkin, ini dugaan untuk aku. Dan aku bersabar. Biarlah tuhan yang menentukan. Di dalam putih, masih ada hitamnya. Di dalam hitam, ada putihnya. KITA SAMA SAHAJA

bzz at 2:28 PM

0comments

Monday, May 08, 2006

Bila ayah menasihati anaknya...

Anak,
Jangan sesekali kamu menderhakai aku atau ibumu.
Jika kami katakan sesuatu yang benar, maka ikutilah kata-kata kami
Biarpun ianya sesuatu yang pahit

Anak,
Hormatilah kami atau sesiapa saja yang telah tua
Sesungguhnya, kelak kamu juga akan menjadi seperti kami

Anak,
Tiada lain yang kami pinta
Doakan kesejahteraan kami di dunia dan akhirat
Kami sentiasa mendoakan kamu bahagia

Anak,
Jangan sesekali kamu melakukan perkara yang merosakkan dirimu
Jangan pula kamu sebarkan kerosakkan itu pada orang lain
Dan jangan pula kamu mengambil dadah atau meminum minuman yang haram

Anak,
Hiduplah dengan ketenangan dan kesejahteraan
Jangan kamu bermusuhan atau hidup dipenuhi dengan hasad dan dengki
Akibatnya, hidupmu kelak menjadi hina

Anak,
Cubalah sedaya upayamu untuk berjaya
Kami, tidak mampu menentukan jalan hidupmu
Jadi pilihlah jalan yang diredhai

Anak,
Kalau kamu mempunyai sesuatu yang lebih
Jangan kau simpan, berikanlah kepada yang berhak
Mungkin, suatu masa nanti, kau berhak mendapat dari yang lain

Anak,
Hidup ini hanya sementara saja
Yang kekal, adalah apa yang ada di dalam hati kita
Putih hatimu, putihlah kehidupanmu
Hitam hatimu, hitamlah kehidupanmu
Jangan kau selubungi hidupmu dengan kehitaman hatimu
Biarpun yg putih itu menjengkelkan hatimu selalu

Anak,
Jadilah anak yang terbaik untuk kami
Anakku...


Note : Kalaulah aku menjadi seorang ayah... Inilah sebahagian nasihat aku.

bzz at 12:04 PM

0comments

Friday, May 05, 2006

Kalaulah aku orang yang terkaya...

Sesiapa inginkan kekayaan yang melimpah ruah... Kalau boleh lagi banyak lagi baik. 99% manusia tidak pernah puas dan tidak pernah rasa cukup. Tapi, kalaulah aku ditakdirkan untuk menjadi orang yang terkaya. Tidak kiralah di dunia, di Malaysia, Di KL, di bank aku sendiri... Aku akan...

Aku dapat idea ni dari paper Kosmo. Ada cerita tentang Bill Gates. Sungguhpun dia kaya, tapi dia tak bangga dia kaya. Yg dia tahu, walau macammana dia kaya, dia still suka buat apa yang dia buat. Iaitu bekerja. Dan dia, penderma yang terbesar. Yayasan Gates dan Melinda, dah sumbang 29Billion Dollar. Berapa ramaikah umat islam yang diperlukan untuk mengumpul derma sebanyak itu. Ada atau tidak umat islam yang kaya, lebih-lebih lagi pak arab tokey minyak yang derma beratus juta? Yg aku kenal, billionair islam yang kaya, dermawan dan merendah diri ialah Syed Razak. Mana perginya yang lain. Malu sungguh pada orang islam kaya yang lain.

Kaya bukan status sebagai orang islam untuk kawin 4. Bill Gates, cuma kawin sekali. Dan isterinya hanyalah satu!

bzz at 6:52 PM

0comments