Friday, May 26, 2006
Kalaulah aku yang berlainan...
Bila aku fikirkan kembali, betulkah apa yang aku terima sekarang? Adakah ianya sepadan dengan apa yang aku lakukan? Adakah aku terlalu jahat atau keji hingga diperlakukan sebegini? Atau sememangnya orang lain jauh lebih baik dari aku? Hinggakan aku terpaksa menanggung segalanya? Mungkin.Tapi, apakah segala apa yang telah aku lakukan itu tidak cukup untuk menutup keburukkan aku? Atau mungkin, selama ini aku sentiasa melakukan kesilapan? Atau mungkin, manusia mudah lupa dengan kebaikkan orang lain semata-mata sedikit kesilapan? Mungkin itulah yang telah tertakdir. Mungkin itulah yang biasanya kita lakukan. Tapi tak mungkinkah kita boleh merubah sesuatu yang sedia ada?
Aku, bukan emas yang aku mahukan. Bukan intan yang aku rayukan. Tapi aku hanya mahukan sedikit pembakar. Untuk menerangi sesuatu yang gelap. Aku tak minta lebih dari apa yang mampu diberikan. Rasanya, tak salah kalau ianya menjadi kenyataan. Ianya tidak membebankan. Cukuplah kalau ianya setara dengan yang lain. Tidak perlu lebih, tidak perlu kurang. Namun, jika ia telah diputuskan, apalah daya aku untuk mengubahnya. Namun,jika tidak kesampaian. Aku berharap, biarlah ianya ada kebaikan.
Mungkin, ini balasan untuk aku. Mungkin, ini dugaan untuk aku. Dan aku bersabar. Biarlah tuhan yang menentukan. Di dalam putih, masih ada hitamnya. Di dalam hitam, ada putihnya. KITA SAMA SAHAJA
bzz at 2:28 PM
Monday, May 08, 2006
Bila ayah menasihati anaknya...
Anak,Jangan sesekali kamu menderhakai aku atau ibumu.
Jika kami katakan sesuatu yang benar, maka ikutilah kata-kata kami
Biarpun ianya sesuatu yang pahit
Anak,
Hormatilah kami atau sesiapa saja yang telah tua
Sesungguhnya, kelak kamu juga akan menjadi seperti kami
Anak,
Tiada lain yang kami pinta
Doakan kesejahteraan kami di dunia dan akhirat
Kami sentiasa mendoakan kamu bahagia
Anak,
Jangan sesekali kamu melakukan perkara yang merosakkan dirimu
Jangan pula kamu sebarkan kerosakkan itu pada orang lain
Dan jangan pula kamu mengambil dadah atau meminum minuman yang haram
Anak,
Hiduplah dengan ketenangan dan kesejahteraan
Jangan kamu bermusuhan atau hidup dipenuhi dengan hasad dan dengki
Akibatnya, hidupmu kelak menjadi hina
Anak,
Cubalah sedaya upayamu untuk berjaya
Kami, tidak mampu menentukan jalan hidupmu
Jadi pilihlah jalan yang diredhai
Anak,
Kalau kamu mempunyai sesuatu yang lebih
Jangan kau simpan, berikanlah kepada yang berhak
Mungkin, suatu masa nanti, kau berhak mendapat dari yang lain
Anak,
Hidup ini hanya sementara saja
Yang kekal, adalah apa yang ada di dalam hati kita
Putih hatimu, putihlah kehidupanmu
Hitam hatimu, hitamlah kehidupanmu
Jangan kau selubungi hidupmu dengan kehitaman hatimu
Biarpun yg putih itu menjengkelkan hatimu selalu
Anak,
Jadilah anak yang terbaik untuk kami
Anakku...
Note : Kalaulah aku menjadi seorang ayah... Inilah sebahagian nasihat aku.
bzz at 12:04 PM
Friday, May 05, 2006
Kalaulah aku orang yang terkaya...
Sesiapa inginkan kekayaan yang melimpah ruah... Kalau boleh lagi banyak lagi baik. 99% manusia tidak pernah puas dan tidak pernah rasa cukup. Tapi, kalaulah aku ditakdirkan untuk menjadi orang yang terkaya. Tidak kiralah di dunia, di Malaysia, Di KL, di bank aku sendiri... Aku akan...- Berikan bantuan kepada orang yang memerlukan. Duit tidak boleh membeli kegembiraan. Tapi duit boleh membeli kegembiraan bagi orang lain. Bila lihat orang lain gembira, kita akan turut gembira. Itu yang Bill Gates lakukan. Orang miskin macam kita mana boleh menderma sebanyak dia? Aku nak berikan bantuan pada ibu tunggal, anak yatim, yayasan kesihatan, yayasan yang membantu mangsa bencana alam, badan yang menyebarkan maklumat tentang Islam dan banyak lagi. Kalaulah aku jadi kaya, ingatkan aku untuk lakukan janji aku yang ni dulu.
- Aku akan belikan family, saudara dan kawan-kawan sesuatu. Kalau aku mampu berikan sebuah kereta. Apa salahnya? Lebih-lebih lagi kepada mereka yang pernah aku terhutang budi.
- Aku nak ada PC yang paling laju pada setiap masa. Rasanya, kalau sebuah PC hanya berharga 10k, apalah sangat nilai tu utk aku kan? Kalau minggu depannya keluar yang lebih baru, PC yang ada aku akan derma. Mungkin aku boleh berikan pada rumah anak-anak yatim. Atau rumah orang tua. Mereka pun nak main game juga.
- Aku nak bina rumah yang ringkas, tak sebesar istana, tak kecil, tapi muat utk keluarga, kawan-kawan dan orang lain datang. Aku juga nak lengkapkan rumah tu dengan teknologi terkini. Biar aku boleh bekerja di rumah.
- Aku nak beli kereta yang aku boleh aku pandu lebih laju dari 250kmj. Biar aku boleh ke Muar kurang dari 1 jam. Aku taknak pemandu, aku beli kereta mahal, bukan untuk orang lain pandu.
- Aku makan, apa saja yang aku suka. Tak kira, sama ada aku semakin gemuk. Pusing dunia untuk makan. Tapi, yang pastinya, makanan tu mestilah halal.
- Aku nak jalan, aku nak jalan, aku nak naik rollercoaster, aku nak jalan, dengan kawan-kawan. Nak pergi pulau, nak pergi shopping, nak pergi gunung, nak pergi sana nak pergi sini. Tapi aku taknak naik bas. Aku nak naik kereta aku yang sangat laju tadi. Siapa nak tumpang?
- Kalau boleh, aku nak beli syarikat yang aku kerja sebelum aku kaya. Kemudian aku kerja di bawah. Biar aku pegang saham dia. 30%. Tapi aku kerja sebagai despatch. Aku sama level dengan pekerja lain. Jadi tuan punya syarikat tak semestinya kita perlu sombong. Malah, ramai pekerja bawahan yang mempunyai idea yang lebih baik dari pekerja atasan. Bekerja di bawah lebih mudah. Tanggungjawab lebih kecil. Then, kalau aku tak puas hati dengan CEO syarikat kepunyaan aku, aku pecatlah dia. Mungkin, sejarah, despatch memecat seorang CEO. Siapa tahu?
- Kalaulah aku boleh jadi orang yang terkaya... Aku masih mahu untuk menjadi diri aku sendiri. Aku lebih kaya bila aku memiliki diri sendiri berbanding mempunyai duit yang banyak tapi masih tak mampu untuk menjadi diri sendiri. Diri terkongkong dengan kerja dan tanggungjawab. Aku nak jadi diri sendiri!
Kaya bukan status sebagai orang islam untuk kawin 4. Bill Gates, cuma kawin sekali. Dan isterinya hanyalah satu!
bzz at 6:52 PM